Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam blog ini, matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan punca utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.
Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh yang demikian, langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa. Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaa.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang remeh. Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah ini persis mutiara kata, “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan mengikut landasan yang betul.Walaupun mereka anak-anak luar nikah mereka juga ada hak untuk hidup dimuka bumi ini.
Ya Allah..sedihnya saya melihat gambar-gambar bayi yang diatas...dunia akhir zaman kini, kurang agama dan pergaulan bebas adalah punca terbesar berlakunya kejadian sedemikian..golongan pelajar dan remaja adalah penyumpang terbesar terhadap kes seperti ini..pihak berwajib terutamanya ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting untuk mengurangkan indeks jenayah pembuangan bayi bahkan ke tahap kosong indeks, dari saya Mohd Hafiz Bin Othman GB02571
BalasPadamAPA yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia.
BalasPadamTetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding? Adakah beban kesalahan ini perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata?
ULASAN saya mungkin ada yang 'singsing lengan' kurang setuju. sy merujuk bual bicara Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal kepda akbar utusan tidak lama dahulu...
Jawapannya, tidak mustahil. Umum mengetahui seks bebas bukan lagi eksklusif kepada pekerja seks dan bohsia sahaja. tengoklah sekarang ni Pelajar sekolah tanpa segan silu mengakui berpasangan.Bermula dengan pegang tangan, 'ringan-ringan' seterusnya bercium. Bagi mereka tidak ada dara bukan satu masalah sebab semua orang melakukannya.
Jadi, tidak hairan majoriti gadis-gadis remaja seawal usia 13 tahun sudah melakukan seks kasual dengan pasangan mereka. Lebih mengejutkan, ada yang mengakui pernah tidur dengan empat lelaki walaupun baru melangkah ke Tingkatan Satu. Jumlah itu meningkat kepada 20 lelaki walaupun gadis terbabit belum pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
rata-rata gadis remaja terlalu bergantung harap pada lelaki. Si lelaki pula menabur cinta demi mendapat habuan seks.Bagi gadis itu pula, mereka menyerahkan segalanya atas dasar cinta sejati. Bila ditanya, dia enggan berkahwin dengan teman wanita yang hamil itu. Tidak kurang juga lelaki yang gembira teman wanita itu hamil kerana dapat kahwin percuma.
mangsa terlalu mentah untuk memahami erti cinta yang sebenar dan risiko 'pengorbanan' mereka.
jadi salah siapa...apakah ibu bapa yang kurang memberi perhatian atau sekadar membiarkan bibit2 kecil zina itu mekar menjadi bunga untuk dipetik dan disedut madunya oleh mana-mana lebah yang datang menyinggah..
fezan GB02587
Apabila saya membaca isu di atas, ianya mengingatkan saya kepada berita mengenai budak 11 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di wad bersalin Tengku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan.
BalasPadamBagaimana kanak-kanak di bawah umur ini boleh terlibat melakukan perkara terkutuk sebegini. Sedangkan pada umur mereka ketika ini sedang seronok bermain dengan dunia mereka. Siapakah manusia yang telah mencabut hak asasi buat mereka?? Daripada manakah kanak-kanak sekecil ini mampu melakukan perkara yang di luar pengetahuan mereka?? Siapakah yang cuba mendedahkan mereka dengan perkara begini. Pada usia mereka seperti ini seharusnya belajar ilmu tentang adab dan akhlak yang mulia. Di manakah pula kedudukan bayi yang mereka lahirkan?? Peranan kita sebagai manusia, apakah peranan kita untuk memelihara hak asasi buat kita semua yang bergelar manusia??
Sama-sama kita cuba mencari jawapan kepada persoalan ini.
PadamGB02627
Isu seperti ini tidak pernah lari dari media sosial. Bahkan setiap hari akan terpampang kisah pembuangan bayi sama ada di televisyen, surat khabar dan kadang-kadang menjadi viral di Facebook. Rakyat Malaysia yang prihatin akan merasa marah, geram dan bermacam-macam perasaan akan dihamburkan. Memang sedih bila perkara ini berlaku. Semua pihak perlu bersatu dalam menangani isu ini. Ibu Bapa di rumah perlu memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna. Di sekolah, peranan guru dalam mengajar akhlak dan sahsiah yang baik. Media sosial dan media masa pula memainkan peranan penting dengan memaparkan program yang berbentuk ilmiah dan mengimbangi program berbentuk hiburan supaya tidak keterlaluan.Jangan jadikan HAK KEBEBASAN itu sebagai kunci untuk kita melakukan perkara yang boleh merosakkkan diri, keluarga, agama dan negara itu sendiri.
BalasPadamSiti Mastura binti Baharom
GB02618
Assalammualaikum saudari......
BalasPadamAspek Pengaruh Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.
GB 02597
Dalam kes pembuangan bayi pada zaman sekarang lebih hebat daripada zaman jahiliyyah, pada zaman jahilliyyah hanya anak perempuan sahaja di bunuh, kisah yang
BalasPadamberlaku kepada Saidina Umar sebelum islam yang menanam anak perempuan kesayanganya yang masih hidup ketika itu. Saidina Umar menyesali akan perbuatannya dan akan menangis apabila dia mengingati peristiwa tersebut. Namun pada masa kini, ibu2 yang melahirkan anak dan membuang bayi mereka tanpa mengira jantina samaada lelaki atau perempuan...
solehah binti ishak
PadamGB02561
Baccarat in France - WORRIE.com
BalasPadamWith only two hours left in the worrione game, the game is now on your way to the top of the table! There's no more betting that you can do, 인카지노 and 1xbet it's